Tidakku minta tetapi ia tetap menjelma,
Walaupun ku benci tetapi kau tetap ada,
Menyuluhi hidupku tika gelap gelita,
Sinar pancarmu adalah kurniaan ilahi bagiku,
Memberi nur cahaya tika ku di jalan sesat,
Supayaku berada di arah yang tepat,
O Bulan!
Tanpamu, hidupku malam,
Tanpamu, hidupku kelam,
Tanpamu, tidak bergerak putaran hariku,
Tidak ada setanding pancaran sinarmu,
Tidakkah engkau merinduiku?
Walaupun engkau akan pudar dari pandangan kasarku,
Amatlah perit bagiku,
Ku akui engkau bukan milikku,
Ku harus menerima makro dan mikro dunia,
Kau berada nun jauh di atas sana,
Adalah mustahil bagiku menggapaimu,
Tetapi sedarlah ku di sini akan menyambutmu,
Jikalau kau jatuh gugur dari angkasa,
Ku tetap menunggumu tanpa penat dan silu,
Kerana engkaulah, Purnamaku.
No comments:
Post a Comment