Bilakah engkau akan menjadi milikku?
Alangkah indah hidup bersamamu,
Cara kau melayan kerenah gilaku,
Cara kau tertawa akan setiap jenakaku,
Oh senyumanmu sungguh mendamaikan,
Ibarat melihat persisiran pantai yang sungguh mempersonakan,
Kemanisan wajahmu tiada tolok bandingan,
Melihat wajahmu mengingatkan aku betapa agungnya kuasa Tuhan,
Kecantikan dalamanmu terpancar di luaran,
Hatiku yang angau sudah tertawan,
Bilakah kita akan dapat berdua-duaan,
Perasaanku tidak lagi dapatku tahan,
Membara api asmara di dalam badan,
Bahawa engkaulah gadis idaman.
No comments:
Post a Comment