Aku rindu akan gelak tawamu,
Bau rambutmu,
Cara kau memanggil namaku,
Saat kau menoleh me arahku,
Dengan Mata bulatmu bewarna coklat hazel yang penuh kasih sayang,
Cara kau mencuci luka di hatiku,
Meniup semangatku setiap waktu,
Menemaniku di sana dan situ,
Oh betapa rindunya aku terhadapmu,
Seluas Bima Sakti ini luas lagi rinduku terhadap dirimu,
Bilakah kita dapat bersua lagi?
Adakah kau sihat di Sana?
Adakah ia seperti diperkatakan teman kita?
Maafkan diriku kerana banyak bertanya,
Sungguh banyak untuk aku katakan,
Tetapi sayang kau jauh di Sana,
Begitu perlahan detikku berlalu,
Betapa inginnya aku untuk me Sana,
Tidak ada apa untukku di sini,
Tanya derita yang aku rasai,
Masa depanku sehitam abu api,
Tidak ada cerah mahupun bewarna warni,
Akanku tunai janjiku terhadapmu,
Untuk sehidup dan semati.
No comments:
Post a Comment