Tuesday, 4 November 2014

Maafkan Aku

Tegarnya aku melayanmu,
Walaupun kau tidak bersalah kepadaku,
Perasaan ini tidak dapat lagi aku pendam,
Aku hanyalah insan biasa,
Tidak dapat aku lari dari lumrah dunia,
Tidak bisa aku melawannya,
Aku harus menerima takdir dengan hati terbuka,
Adakah ini benci atau cinta,
Pusing aku memikirkannya,
Tidaklah aku meminta sebegini rupa,
Tidak jugak aku menolaknya,
Tetapi kadang kala gila aku memilih dengan pilihan yang ada,
Untuk memilih antara benar dan salah,
Orang di sekelilingku tidak pernah untuk cuba memahiku,
Gurauan disangka mereka semua,
Tidak aku nafi aku berasa amarah,
Tetapi mungkin ini adalah cubaan yang Maha Esa,
Aku menerimanya dengan rela,
Bahawa aku hanya manusia biasa.

No comments:

Post a Comment